Sunday, 6 November 2016

TRip tO PerHENtian IsLAnd 

Sambil dok sesaje ni, jom update moment with your friends. Last cuti sem, kami berenam pegi pulau perhentian, hehe... and from that, we learnt the survival of life. kami, 2 orang USIM (aku n Meya), sorang UIA(law), 2 orang UiTM (archi&law) dan sorang lagi Tanta,Misr(dentistry),,, semua masih available,,, opsss -tertulis-..

Ni perjalanan ringkas aku taip semasa kat sana,,,

26/07/2016
- naik bas city liner, off to Kuala besut - rm6
- marine park + sealife tour -rm 195
- bapak laju dye bwk bot, sampai topi yg dlm beg pon boleh terbang 
- check in d sealife inn kg. Nelayan
- lunch mkn nasi kerabu - RM 4
- pkol 3.30 ptg, hiking, walking n jungle trekking to long beach , pakai selipar jepun... huhhh.. mencabar,,, jln bukan main bengkang bengkok, trun naik bukit, berjalan santai2 ambik masa dlm sejam lebih dekat dua jam
- then sampai long beach,,, ambik gmbar, video,,, seriously dh mcm bukan kt Malaysia sbb ramai mat saleh drp org Malaysia.
- then naik windmill ,, engtkan 40 min naik je,,, naik dh la pkol 6.10,, dh nk dekat maghrib kot,,, naik cepat2 ,,, 
- sampai windmill dlm pukul 6.25,,, jln2 pusing2 ambik gmbar,,, sampai dekat 7.10 siap trun windmill... 
- Pastu turun laut,,, Capek doe...
- then, hujan turun dgn lebatnya kt long beach, 
- xtau nk balik cane,,, hahah... dh la jaoh..
- kami p away if cafe,,, minum & solat, solat dlm keadaan basah kuyup weh...
Huh... sejuk giler... 
Minum - -rm 4...
- terpaksa tggu hujan reda,,, bru boleh balik chalet... around 8.30 something naik bot,,, yg x berbumbung ke chalet... huhu... - RM 12 lepas pujuk abg tu,,, asal - RM 15...
- mkn megi berjemaah, dlm bilik... 
- tido

27/7/16
- snorkeling,,, 
- first2 tu xreti ,,, serius... haha... 
- best doe... & letih,, rase letih dye tu mcm lps ni aku dh xnk trun dah...
- tertelan air yg masin giler...
- subhanallah, serius cantek gile... sbb selama ni aku selalu tgk kt animal planet, nat geo wild, yg ni, kau tgk in real life n yg dlm keadaan kau xreti, kau struggle separuh nyawa...
Rasa nk pegang ikan tu,,,, ahhaaaa.... wehhhh,,, x terkata,,, cantik sangat2....
- part paling best,,, bila ikan kecik datang kat muka kau then dye gigit bibir kau.... huhu... siyes xleh lupa... rase mcm sweet gile ikan ni,,, rase mcm nk bwk balik.... syg kt aku ke??.. ahhaaaa ,,, perasan
- last checkpoint, romantic beach, yg mmg kau berenang , bersnorkeling abes abesan,,, dpt tgk penyu kt turtle point, tgk shark,,, ikan warna warni... then belut yg besar,,, tu dpt tgk kabur2 je... tp besar doe...
- huhu... best2 ,,,, survival of life... thrilling, adventurous, minum air pon dlm megi cup... haha...

28/7/2016
- pastu next day n last day,,, kitorang p mndi mnda tepi pantai,,, bwk mknn sekali..  berpicnic gitu... best sngt..
- tgh kami mandi tu, dtg adik2 yg berserban berjubah bagai... pdhal tempat yg kami mndi tu mmg dh terpencil xde org.... alahai.... kacau line btoi... segan kot.... so, kami pon chow naik bilik & packing brg nak balik... 
- lps kami naik bot smpai jeti, ambik bas pulak balik ke rumah kami... 
- serius release la tension kau,,, sbb nyaman sngt... pemandangan yang indah..  

So, total cost kami bercuti di pulau perhentian is about +- RM 250 ... kalau nak makan yg lagi mewah, lagi mahai ler,,, kami mmg bwk bekal maggi dri rumah sbb maggi kt sana mahai kot sepaket... around RM 5 xsilap... same goes to mineral water, mahai gak. sbb bwk ke pulau kannn, lps tu tempat tarikan pelancong pulak. 
*Kami memang jimat la sebab masing2 xnak spend banyak duit, kite nak save utk next travel pulak ye... hehe...









Nah pic, yg selebihnya kita tunjuk kt bakal anak nnti la eh... 

Part paling best bila kau menjawab gile2 dgn pakcik dreba bot... mmg org pulau suka menjawab eh??? 😂😂😂😂



Wednesday, 2 November 2016

EHEMMM...

Disebabkan hari ini aku rajin & mood nak update blog tu tiba2 muncul,,, so jom kita cerita,,, cerita yg tertangguh... kan aku ckp nk update psal perkampungan orang asli, eyes to heart n indon... & tonight, indon dlu ea... 

Sebab sem III dah bermula & dh lps midsem pon, sekarang makin busy dgn esaimen, quiz & test... bnyk jugak yg program yg aku join x terupdate,,, x semua perlu update ye dokk??? Kamu pon mesti bosan baca cerita aku... tapi ikot suka hati I la... hahahh... - pengalaman broga, family day fm, kem eksplorasi mahasiswa ipt di pd - 

First, nak kongsi video, 







Alaaaa,,, x cantik eh,,, nk upload yg lagi 1, xleh la pulak .. xleh bukak.... hurmmm,,, 

Second, nak kongsi gambar,,, sikit2 dah... 






Dan kemudian nak kongsi apa yang aku dapat,,,, sebab kalo nak cerita balik panjang haaa ceritanya,,, perjalanan naik flight ke Jakarta then naik train pegi Bandung pulak... thennnn.... ni ha itinerary nya (naseb jumpa kt notes)

19/5
- ke Indonesia dari klia2
- sampai d Jakarta 
- naik Kereta ke stesen Kereta API
- ke Bandung naik Kereta api - duration (3hours)
- check in fabu hotel
- jalan2 sekitar jalan ke psar baru

- 20/5/16
- kilang kopi luwak cikole - 100k
- strawberry farm - 30k
- floating market lembang
- makan
- factory outlet 

21/5
- shopping d psar baru
- 2 trip 
- mintak kurang gila2

22/5
- pulang ke Jakarta naik van
- singgah d monas tower - beli Baju, bergambar, es kelapa

Pengalaman & pengajaran : 
1. Di Malaysia prasarana lg baik, elok, ok.
2. Rakyat di sini miskin, kesian ngelihat, bersungguh2 berniaga cari rejeki.
3. Trafiknya sibuk amat, motor bnyk, kereta besar2,,, xde yg saiz mcm Kancil, axia.
4. Penduduknya ramai
5. Di Jakarta maju sdikit
6. Di Bandung Kotor, ramai org
7. Fabu hotel best , luas, nyaman la jgk, tp toiletnya enggak ok sngt .. hahah
8. Kita harus & wajib bersyukur ats nikmat yg Allah berikan. Betapa bnyk nikmat yg Allah dh berikan, ttp Kita masih lg merungut, sdgkan diluar sana masih bnyk yg perlukan bantuan.
9. Islam di sana agak longgar
10. Best shopping. Haha
11. Disana, orgnya paksa jgk beli brg,,, Kita lari pon dye Kejar.
12. Kami tawar hrga gila2, pastu klau kite xnk, dye akn kasi hrga yg kita nak... hahahaha
13. It's a good experience for me
14. Jgn bwk air & brg 150ml ke kabin, akan dirampas. Air masak rm2 1 gelas 😠😠😠😠
15. Suasana : ad tmpt yg menarik, nyaman, sejuk , kayak cameron gitu.
Dan ad juga tmpt yg biasa2 aja, ok enggak ok... 
16. When you're traveling, u know how you love your country, you know how to appreciate your country, how blessed you be in your country,,, bcoz out there are not beautiful as we expected.
17. U x sempat nak melawat sngt tmpat2 yg cantik,bersejarah gitu... sbb take time.
18. Tapi at least u ad la pengalaman sikit2.
19. But, I'll continue my dream to travel around the world 

😘😘😘😍😍😍
Hihiksss,,, satu experience baru,
Let's
 CREATE MORE MEMORIES TOGETHER 😃😃😃... 

AND NOW, AKU MUNCUL LAGI ...

Bismillah,,,
sekarang aku agak sedih,,, sedih kerana aku belum mampu, belum mampu & belum mampu,,, untuk mencegah kemungkaran,... Allahuuu... :'( :'( :'(

Maksudnya : Daripada Abu Said Al-Khudri, berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata : Sesiapa yang daripada kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati, dan demikian adalah selemah-lemah iman.


Dan bila difikirkan,kita berada di tahap mana??
masih dengan mengubah dengan hati, benci utk melihat kemungkaran,,,
Dan sampai bila kita nak berada pada tahap tu sedangkan umat kita makin tenat??? -renung-renungkan-



Harini aku nak sentuh pasai topik GHIBAH @ MENGUMPAT

"sesiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aibmu."

Dalam dunia sekarang, memang tak leh nak sangkal, kita memang terdedah dengan mengumpat,,, sebab keadaan sekeliling kita yang membentuk kita sebegitu,,, yessss,,, although i know ada mengumpat yg dibolehkan , dimana kita dapat ambil pengajaran drp kisah tersebut,,,
but now, yg i want to state here is about ghibah yang tak berfaedah , yang mendatangkan dosaa free...

Perempuan, (termasuk aku)
Mesti ada je topikk kannn,,, Astaghfirullahal 'azim...
and i also know, ade je lelaki kat luar sana yg memang jemah suka cakap pasal orang jugak,

And now, i really2 hope that we can change ourselves,,, from talk yang aku join semalam...
JOM KITA CUBA UNTUK BERHIJRAH, 

MACAM MANA ?

1. Sentiasa muhasabah diri kita, cuba untuk kenal diri kita, kelebihan & kekurangan diri kita.

"Barangsiapa mengenal dirinya,pasti ia akan sibuk memperbaiki diri, daripada sibuk mencari-cari aib & kesalahan orang lain" ( Ibnul Jauzi)

2. Niat dengan bersungguh-sungguh 

3. Stay away from negative people, mencari persekitaran yang baik dan sebaik-baiknya kita cuba menasihati mereka (aku belum mampu :( , dan sampai bila kau akan mampu ?! :( {marah kat diri sendiri}) . 



4. Jangan pandang rendah terhadap orang lain
 - jangan pernah terdetik di hati kita merasakan diri kita ni bagus dari orang lain, kerana itulah yang membawa & membuatkan diri kita riak, bangga diri.


Di sini ada sebuah kisah dimana terdapat seorang tua yang rajin beribadat tetapi dia dimasukkan ke dalam neraka mulutnya sentiasa mengumpat orang lain 



Disini aku sentuhkan juga ayat Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 12


Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengejek sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu berasa jijik. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang.


HADIS ELAKKAN MENGUMPAT 

Dari Ibnu 'Abbas, dia berkata, Rasulullah bersabda, " Sesiapa yang mendengar dengar perbualan suatu kaum, sedangkan mereka benci (perbualan mereka dengar), maka akan dikucurkan (disiram)
lelehan besi pada telinganya. Sesiapa yang mengaku bermimpi, padahal dia tidak bermimpi, maka dia akan terus diazab. Dan barangsiapa yang menggambar suatu gambar, maka dia akan dibebani untuk meniupkan ruh kepada gambar tersebut, namun dia tidak akan berbuat demikian. "(Hadis Riwayat Abu Daud dalam Kitab Al-Adab no. 5.024, Tirmizi dalam Kitab Al-Libas no. 1.751, dan Ahmad no. 2214)


p/s : kerana kita semua tidak akan pernah sempurna dan aku masih dalam proses perbaiki diri :'( 

dan sungguh, agak susah untuk kita berubah kerana perkara yang baik selalunya ada 
halangan , 
semoga kita sama-sama kuat untuk melawan nafsu, dan segala godaan.

Wednesday, 20 July 2016

PERJALANAN SEM II

Dlu time aku tengah cuti sem 1, niat aku -  lepas ni xnak aktif dah, mungkin xbusy sbb subjek sem 2 sikit je, masa yg ade tu kite  join majlis2 ilmu, talk2..
Tu niat la...
Tup2,,, bukak sem 2,,,

Haaaa,,, tu diaaa...

Ni aktiviti aku sem 2,,,
Busy xdok la busy sngt...
Tp disebabkan aku bukan jenis xdok diam, x nak bg weekend aku kosong, so, ad program yg aku minat aku join, kalo xde program aku jenjalannn,,,, ade je month ni ,,, 😀😀😀
Pastu haih? Mano niat nak join majlis ilmu tu? 😐😐😐😐😑😑😑😑😑
Menjadi tanda tanya '??????????????'








 Nanti aku upload satu2 pic program yg aku join & pengalaman yg aku belajar skali, supaya dapat jd pengajaran utk aku & yg lain... ✌✌✌

dalam banyak2 tu, i just want to highlight about :

1. perkampungan orang asli
2. program eyes to heart
3. INDONESIA

i nak cari gambar dulu ye... hehe...

#### sekarang saya tgh cuti sem, dan saya sedang membuat 1 kerja yang x terpikir dek akal,,, sbb sy x pernah terpikir & rancang...mungkin ALLAH bagi 1 sebab kenapa sy malas utk fikir apply kerja kat mana2... akan tetapi 1 impian masih sy belum capai... -belajar menjahit- ....

p/s : post aku yg semalam kt bawah tu kan, aku tulis ikut mood aku time tu,time aku tgh down, tgh kusut... aku tulis kat note n tu bru nak post... hmmm...





Tuesday, 19 July 2016

Terkadang aku rasa down sangat,
Rasa betapa teruknya aku,
Betapa jahatnya aku,
Sampai tahap nak hina diri sendiri.

Tapi, aku tahu, tu perkara yang Allah tak suka.
Aku memang tak sempurna dan takkan sempurna.
Pandanglah dirimu dengan cahaya,
Pujilah dirimu,
Walaupun yang lain tidak memujimu,
Bukan untuk berbangga,
Tetapi untuk menaikkan semangat mu yang kian layu.

Tiada manusia yg sentiasa betul,
Dan tiada manusia yg sentiasa silap.
Siapa yg mampu kata dia sempurna?
Sedangkan dia hanya hamba.

Cuba untuk perbaiki dirimu,
Perbaiki akhlakmu,
Terkadang aku memang lagha,
Aku lalai,
Bersyukurlah sekiranya Allah memberi kau kesedaran,
Memberi kau satu perasaan,
Yang kau tengah melakukan dosa.

Perkara yg membuatkan kita tidak tenang,
Tidak senang duduk,
Rasa rimas di kepala,
Itulah dosa.
Beristighfarlah kpd-Nya,
Bertaubatlah kpd-Nya,
Semoga pintu keampunan sentiasa dibuka oleh-Nya.
Aameen. 😃

Saturday, 18 June 2016

Salam 14 Ramadhan 1437 H

sedikit nukilan,

Hidup aku bukan utk mnyusahkan org lain,
Hidup aku bkn utk mengarah org lain,
Hidup aku bkn utk mengatur kehidupan org lain.
Aku hidup utk membantu org lain
Aku hidup utk menyenangkan org lain
Aku hidup utk memberi manfaat kpd org lain.

Aku x kisah jika kau memandang rendah terhadap aku,
Aku x kisah jika kau menghina aku,
Aku x kisah jika kau mencaci aku,
Aku x kisah jika kau mengata aku.

Yg aku kisah tika mana aku memandang rendah terhadap org lain,
Yg aku kisah tika mana aku berprasangka kpd org lain,
Yg aku kisah tika mana aku mengata org lain.
Siapalah aku?
Aku hanyalah insan biasa.

Aku,
Aku seorang hamba Allah,
Aku seorang sang pendosa,
Aku seorang makhluk yg dicipta utk beribadah kpd sang Khaliq.

Apa yg kau nak dlm dunia ni?
Bukankah keredhaan Allah?
Bukankah syafaat Rasulullah?
Bukankah syurga Allah?

Subhanallah.

Semoga kita sama2 mendaki mencari keredhaanNya. In shaa Allah.
Kerana kita bukan yg sempurna, seorang makhluk ilahi.

nazirahzulkefli.


Friday, 10 June 2016

AKU & NENDA 

6 RAMADHAN 1437H 02:08 AM

Nendaku nama Zainab dan aku pggil 'mok' , oghe kelate nih...
Banyak kisah suka, duka, perit, sedih & tawa. dan aku xtau knp aku nk tulis kt blog ni, yesss... want to share...

setelah atuk aku yg aku pggil 'ayoh' meninggal, time tu aku form 4, x silap aku dlm bln 4, aku mula teman mok tido kt rumah dye, nenek aku  x nak dduk rumah ank2 yg lain, dye nk dduk rumah dye jgk, n aku dpt faham itu, mesti kite nk dduk dan dah selesa dgn rumah yg berpuluh2 tahun kite diami.
pagi aku sekolah smpai petang, smpai sekolah kalo x pkol 4 ptg, pkol 6.30 atau pkol 7...
aku balik rumah, mandi2, makan nasik, maghrib kayuh basikal p umah mok, klau x aku pegi lps isyak, tu dh kira lewat laa... then, setiap pg, sebelom subuh atau selepas subuh, dlm pkol 6@6.30, kayuh basikal dlm gelap ikot jln yg semak, pulang ke rumah, then p sekolah. tu dah jd rutin aku. ade jugak aku tukar shift dgn sepupu aku utk tidur umah mok.

aku, bile balik dri sekolah , konfem lapar, makan masakan ibu. pastu, bile aku pegi umah mok pulak, mok ajk aku mkn, dan aku pon makan. mane x gemok aku, masakan ibu, masakan nenek, habis aku belasah. mok pernah ckp lbih kurang mcm ni la ayatnye ' sedapla tgk irah makey' sbb aku jenis mkn mcm semua bnda sedap,berselera.

aku & nenda, setiap malam aku tgk tv same2, mok suka tgk bola especially kelate... aku, nk tgk cite... hmmmm... dan setiap malam, kalau x tidur dlm kelambu, aku tidur atas tikar kt dpn tv dgn nyamuk yg bnyk sngt smpai x tahan membuatkan aku bangun jgk tidur dlm kelambu dgn mok. nk stay up pon x jarang. padahal smu, spm lg.

aku, kadang2 x sabar nk tggu jumaat sabtu, sbb nak tidur kt rumah... mesti rindu jgk rumah... jumaat sabtu pak sedara aku balik umah mok, cuti...

nenda, setiap pagi, mok akan kasi duit utk aku, katenye upah teman dye tido,,, selalu jugak mok bangun awal pagi, goreng nasi utk aku, bawa bekal pegi sekolah. pastu, hehe,aku siap share lg dgn kwn2 ... tu lah rutin aku smpai aku masuk form6 smpai bln 5.

aku, time bln puasa, aku akan g umah mok slps terawikh,time tu tgh nk trial x silap,, bwk la bku bnyk2 dlm raga basikal. p malam2 dlm pkol 10. pastu bersahur sekali dgn mok.

aku, dapat tawaran usim, semua org pikir mcm mne nnti kalo aku dh smbg study, sape yg nk teman mok?.
kemudian, semakin hari, mok dh ok tidur rumah mak sedara aku n kdg2 rumah aku.mok ad jgk mcm sedih sbb time aku tamhidi, bulan puasa, mak sahur sorang2. mula la teringat kat aku. hahah, perasan lebih.

dan dikala ini, mok tgh x berapa sihat, demam. xlarat nk bngun. time aku blik study week hritu, aku perhati umi angkat mok pegi toilet, tido sebelah mok time siang. dan aku sempat teman mok tidur.
aku sedih sebenarnya.

betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita dlm membesarkan kita dan aku harap kami adik beradik dapat membalas jasa mereka walaupun sedikit. aku xtau mcm mne nk gmbrkan. perasaan itu akan muncul setelah kamu mengalaminya dan menghadapinya. sekian . 02:42 AM

p/s ; do the best in final exam . chaiyookkk!


Thursday, 2 June 2016

Salam Jumaat 😃.

Dah lama naz x update blog. Pelbagai program, kisah dan pengalaman yg naz lalui utk sem II ni, nk catat satu2, tp bkn skrg kot.. today, 3/6/16 , bermulalah study week sampai 12/6/16 dan sekarang hari mnunggu pulang ke kampung, mau berpuasa di rumah ... hehe...

Short nukilan & ingatan :

Betapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita, terkadang kita masih belum lagi bersyukur.
Sedikit ujian yang Allah kurniakan bukan untuk melemahkan, bahkan untuk menguatkan.
Bertahanlah, bersabarlah & tabahkan hati. Setiap kesusahan yang kita hadapi, akan ada sinaran di sebalik semua itu.
Layakkah kita untuk mempersoalkan segalanya sedangkan kita banyak melakukan dosa?
Layakkah kita untuk mengeluh & merungut sedangkan tidak terhitung nikmat & kurniaan Dia terhadap kita?
Bersyukurlah atas segalanya.
Salam jumaat 😊. Jangan lupa Al Kahfi.

nazirahzulkefli.blogspot.com

Thursday, 31 March 2016

31 March 2016

Hhhmmmm....

setiap orang melakukan kesilapan, termasok aku...
ALLAH,,,

supaya aku sentiasa berfikir sebelom aku berkata apa-apa...
kuatkan lah aku, permudahkan urusanku dan kurangkanlah dari berkata yg sia2...

Saturday, 5 March 2016

KLOP.. KLOP.. KLOP..

entry bulan 3,,,
satu perkara yg bahagia bila kwn kau sngt memahami kau :)...

# i'm sad bcoz my beloved cats lari dari rumah...kucing yg aku syg sngt, Bibi & Si Putih,,, aku nk tngk dia membesar, tp xsempat... bila aku dtg je Usim, dye pon lari dri rumah,,, same goes to Lala... lala kucing aku yg tgglkan kt rumah bile aku dtg usim time tamhidi dulu... :'( :'(:'(

# haritu aku dpt ujian saringan yayasan bank rakyat, but i'm failed. aku x dpt pbbu ybr. don't be sad. Ada sebab kenapa ALLAH xkasi. Dan yg paling penting , kau kena sentiasa positif. :) just spread the smile to everyone.

# ada sebab mengapa ALLAH tidak kenalkan kpd kau budak laki :
- dear friends, dont be sad and dont be jealous when u tgk kwn2 kau diminati dan digilai ramai laki.
- dear friends, dont be sad and dont be jealous when u tgk kwn2 kau ramai kwn lelaki.
- dear friends, dont be sad and dont be jealous when u tgk kwn2 dikenali ramai lelaki.
- dear friends, dont be sad and dont be jealous when u tgk kwn2 kau keluar jln2 dgn budak lelaki.

WHY???

There's something yg tersembunyi disebalik semua itu.
Kau kena tahu, kite d dunia ini mcm2 dugaan, dan ujian kite sesama manusia pulak berbeza2 , org tu mungkin ujiannya pd kesihatan, yg lain pulak ujian dlm harta dan stgh yg lain ujian pd amanah yg dipegangnya.

ALLAH tahu apa yang terbaik buatmu.trust that.
mungkin apabila kau mengenali lelaki, kau akan tergedik sana tergedik sini.
mungkin apabila kau ramai kwn llki, menjdkan kau terpengaruh dgn perkara yg negatif.
mungkin apabila kau diminati ramai llki, mmbuatkan kau lupa pd Ilahi.

Ingatlah ALLAH itu MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL.

SBG seorang perempuan. bnyk lagi perkara yg boleh kite buat drp memikirkan pasal laki yg bukan sesape dlm hidup kita... cthnya,,, kau bahagiakan mak ayah, luangkan masa tlg parents,, menghadiri majlis ilmu,menyertai aktvt lasak n so on...

Dear girls, walaupun kau x cantik di mata lelaki, tetapi kau tetap permata ibu & ayah.


p/s : im going to cry :'( :'( , i love my ummi & abah n also my only grandma.


Tuesday, 23 February 2016

SEM II BERMULA !!!

Aikk??!! hepi nampak.... ','  

cabaran untuk ni pon bakal bermula :) ... gudluck ...
sem ni kitorang ada kalkulussss... yuhuuu...
aku xtau nk tulis ape... ok...

sambung kpd penerangan kpd kos ambo.. FINANCIAL MATHEMATICS a.k.a matematik kewangan...

haaa... skrg kan adik2 SPM 2015,, adik2 matrik, asasi, tamhidi n so on la akan apply utk masok uni.. 
SO, i want to suggest for them about our course...

* FINANCIAL MATHS : is a combination between math and finance.
*Kos ni terletak di bawah fakulti sains & teknologi.

why???
it is bcoz our course lbih bnyk study math drp finance ( kewangan ).

*Universiti mane yg menawarkan kos ni ?
- only 2 universities that offered this course in Malaysia which is UMT & USIM.
- Uni lain ade,, tp bukan matematik kewangan,,, cth matematik (statistik) , sains matematik or others.

* skop keje i dah gitau last post.

* kitorang boleh jgk ambik exam SOA which is professional exam utk budak sains aktuari..

korang yg rase2 minat pd nombor, xsuka nk mmbce mcm aku ni bleh la apply...

ape lg eh yg nk gtau? >_< 

saia da ngantok... kbye...

p/s : setiap apa yg ditulis kadang2 melibatkan emosi pd masa tersebut...

jom tgk pic agrosis sem 1 : http://www.rakanagro.ml/search/label/Aktiviti%20Pelajar

Monday, 4 January 2016

HAPPY NEW YEAR !!!


1ST POST IN 2016 :)

final exam  : 2 more papers to go:) ... x sabor den nok balik...

nak kongsi citer suwit hari ni boleh ? ...

aku dah lame tau teringin nak mkn kek,,,
pastu semalam kann,,, kann...
aku gitau my kazen,anis, cakap nak kek,, dye ckp nnti nak buat.. adik aku pulak, buat kek pastu hanta kt aku via wasap... mmg terliur la kan... hanto pic je..

pastu ,, aku tukar la status wasap ..



then, pagi td aku tngk adik aku punye dp wasap




serius terharu nak nanges... :'(  :'(  :')

the end of the story... :) ..
buat yg terbaik utk final tau ...chaiyokkk...