Wednesday, 2 November 2016

AND NOW, AKU MUNCUL LAGI ...

Bismillah,,,
sekarang aku agak sedih,,, sedih kerana aku belum mampu, belum mampu & belum mampu,,, untuk mencegah kemungkaran,... Allahuuu... :'( :'( :'(

Maksudnya : Daripada Abu Said Al-Khudri, berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata : Sesiapa yang daripada kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati, dan demikian adalah selemah-lemah iman.


Dan bila difikirkan,kita berada di tahap mana??
masih dengan mengubah dengan hati, benci utk melihat kemungkaran,,,
Dan sampai bila kita nak berada pada tahap tu sedangkan umat kita makin tenat??? -renung-renungkan-



Harini aku nak sentuh pasai topik GHIBAH @ MENGUMPAT

"sesiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aibmu."

Dalam dunia sekarang, memang tak leh nak sangkal, kita memang terdedah dengan mengumpat,,, sebab keadaan sekeliling kita yang membentuk kita sebegitu,,, yessss,,, although i know ada mengumpat yg dibolehkan , dimana kita dapat ambil pengajaran drp kisah tersebut,,,
but now, yg i want to state here is about ghibah yang tak berfaedah , yang mendatangkan dosaa free...

Perempuan, (termasuk aku)
Mesti ada je topikk kannn,,, Astaghfirullahal 'azim...
and i also know, ade je lelaki kat luar sana yg memang jemah suka cakap pasal orang jugak,

And now, i really2 hope that we can change ourselves,,, from talk yang aku join semalam...
JOM KITA CUBA UNTUK BERHIJRAH, 

MACAM MANA ?

1. Sentiasa muhasabah diri kita, cuba untuk kenal diri kita, kelebihan & kekurangan diri kita.

"Barangsiapa mengenal dirinya,pasti ia akan sibuk memperbaiki diri, daripada sibuk mencari-cari aib & kesalahan orang lain" ( Ibnul Jauzi)

2. Niat dengan bersungguh-sungguh 

3. Stay away from negative people, mencari persekitaran yang baik dan sebaik-baiknya kita cuba menasihati mereka (aku belum mampu :( , dan sampai bila kau akan mampu ?! :( {marah kat diri sendiri}) . 



4. Jangan pandang rendah terhadap orang lain
 - jangan pernah terdetik di hati kita merasakan diri kita ni bagus dari orang lain, kerana itulah yang membawa & membuatkan diri kita riak, bangga diri.


Di sini ada sebuah kisah dimana terdapat seorang tua yang rajin beribadat tetapi dia dimasukkan ke dalam neraka mulutnya sentiasa mengumpat orang lain 



Disini aku sentuhkan juga ayat Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 12


Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengejek sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu berasa jijik. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang.


HADIS ELAKKAN MENGUMPAT 

Dari Ibnu 'Abbas, dia berkata, Rasulullah bersabda, " Sesiapa yang mendengar dengar perbualan suatu kaum, sedangkan mereka benci (perbualan mereka dengar), maka akan dikucurkan (disiram)
lelehan besi pada telinganya. Sesiapa yang mengaku bermimpi, padahal dia tidak bermimpi, maka dia akan terus diazab. Dan barangsiapa yang menggambar suatu gambar, maka dia akan dibebani untuk meniupkan ruh kepada gambar tersebut, namun dia tidak akan berbuat demikian. "(Hadis Riwayat Abu Daud dalam Kitab Al-Adab no. 5.024, Tirmizi dalam Kitab Al-Libas no. 1.751, dan Ahmad no. 2214)


p/s : kerana kita semua tidak akan pernah sempurna dan aku masih dalam proses perbaiki diri :'( 

dan sungguh, agak susah untuk kita berubah kerana perkara yang baik selalunya ada 
halangan , 
semoga kita sama-sama kuat untuk melawan nafsu, dan segala godaan.

No comments:

Post a Comment