Tuesday, 19 July 2016

Terkadang aku rasa down sangat,
Rasa betapa teruknya aku,
Betapa jahatnya aku,
Sampai tahap nak hina diri sendiri.

Tapi, aku tahu, tu perkara yang Allah tak suka.
Aku memang tak sempurna dan takkan sempurna.
Pandanglah dirimu dengan cahaya,
Pujilah dirimu,
Walaupun yang lain tidak memujimu,
Bukan untuk berbangga,
Tetapi untuk menaikkan semangat mu yang kian layu.

Tiada manusia yg sentiasa betul,
Dan tiada manusia yg sentiasa silap.
Siapa yg mampu kata dia sempurna?
Sedangkan dia hanya hamba.

Cuba untuk perbaiki dirimu,
Perbaiki akhlakmu,
Terkadang aku memang lagha,
Aku lalai,
Bersyukurlah sekiranya Allah memberi kau kesedaran,
Memberi kau satu perasaan,
Yang kau tengah melakukan dosa.

Perkara yg membuatkan kita tidak tenang,
Tidak senang duduk,
Rasa rimas di kepala,
Itulah dosa.
Beristighfarlah kpd-Nya,
Bertaubatlah kpd-Nya,
Semoga pintu keampunan sentiasa dibuka oleh-Nya.
Aameen. 😃

No comments:

Post a Comment