Sunday, 6 November 2016

TRip tO PerHENtian IsLAnd 

Sambil dok sesaje ni, jom update moment with your friends. Last cuti sem, kami berenam pegi pulau perhentian, hehe... and from that, we learnt the survival of life. kami, 2 orang USIM (aku n Meya), sorang UIA(law), 2 orang UiTM (archi&law) dan sorang lagi Tanta,Misr(dentistry),,, semua masih available,,, opsss -tertulis-..

Ni perjalanan ringkas aku taip semasa kat sana,,,

26/07/2016
- naik bas city liner, off to Kuala besut - rm6
- marine park + sealife tour -rm 195
- bapak laju dye bwk bot, sampai topi yg dlm beg pon boleh terbang 
- check in d sealife inn kg. Nelayan
- lunch mkn nasi kerabu - RM 4
- pkol 3.30 ptg, hiking, walking n jungle trekking to long beach , pakai selipar jepun... huhhh.. mencabar,,, jln bukan main bengkang bengkok, trun naik bukit, berjalan santai2 ambik masa dlm sejam lebih dekat dua jam
- then sampai long beach,,, ambik gmbar, video,,, seriously dh mcm bukan kt Malaysia sbb ramai mat saleh drp org Malaysia.
- then naik windmill ,, engtkan 40 min naik je,,, naik dh la pkol 6.10,, dh nk dekat maghrib kot,,, naik cepat2 ,,, 
- sampai windmill dlm pukul 6.25,,, jln2 pusing2 ambik gmbar,,, sampai dekat 7.10 siap trun windmill... 
- Pastu turun laut,,, Capek doe...
- then, hujan turun dgn lebatnya kt long beach, 
- xtau nk balik cane,,, hahah... dh la jaoh..
- kami p away if cafe,,, minum & solat, solat dlm keadaan basah kuyup weh...
Huh... sejuk giler... 
Minum - -rm 4...
- terpaksa tggu hujan reda,,, bru boleh balik chalet... around 8.30 something naik bot,,, yg x berbumbung ke chalet... huhu... - RM 12 lepas pujuk abg tu,,, asal - RM 15...
- mkn megi berjemaah, dlm bilik... 
- tido

27/7/16
- snorkeling,,, 
- first2 tu xreti ,,, serius... haha... 
- best doe... & letih,, rase letih dye tu mcm lps ni aku dh xnk trun dah...
- tertelan air yg masin giler...
- subhanallah, serius cantek gile... sbb selama ni aku selalu tgk kt animal planet, nat geo wild, yg ni, kau tgk in real life n yg dlm keadaan kau xreti, kau struggle separuh nyawa...
Rasa nk pegang ikan tu,,,, ahhaaaa.... wehhhh,,, x terkata,,, cantik sangat2....
- part paling best,,, bila ikan kecik datang kat muka kau then dye gigit bibir kau.... huhu... siyes xleh lupa... rase mcm sweet gile ikan ni,,, rase mcm nk bwk balik.... syg kt aku ke??.. ahhaaaa ,,, perasan
- last checkpoint, romantic beach, yg mmg kau berenang , bersnorkeling abes abesan,,, dpt tgk penyu kt turtle point, tgk shark,,, ikan warna warni... then belut yg besar,,, tu dpt tgk kabur2 je... tp besar doe...
- huhu... best2 ,,,, survival of life... thrilling, adventurous, minum air pon dlm megi cup... haha...

28/7/2016
- pastu next day n last day,,, kitorang p mndi mnda tepi pantai,,, bwk mknn sekali..  berpicnic gitu... best sngt..
- tgh kami mandi tu, dtg adik2 yg berserban berjubah bagai... pdhal tempat yg kami mndi tu mmg dh terpencil xde org.... alahai.... kacau line btoi... segan kot.... so, kami pon chow naik bilik & packing brg nak balik... 
- lps kami naik bot smpai jeti, ambik bas pulak balik ke rumah kami... 
- serius release la tension kau,,, sbb nyaman sngt... pemandangan yang indah..  

So, total cost kami bercuti di pulau perhentian is about +- RM 250 ... kalau nak makan yg lagi mewah, lagi mahai ler,,, kami mmg bwk bekal maggi dri rumah sbb maggi kt sana mahai kot sepaket... around RM 5 xsilap... same goes to mineral water, mahai gak. sbb bwk ke pulau kannn, lps tu tempat tarikan pelancong pulak. 
*Kami memang jimat la sebab masing2 xnak spend banyak duit, kite nak save utk next travel pulak ye... hehe...









Nah pic, yg selebihnya kita tunjuk kt bakal anak nnti la eh... 

Part paling best bila kau menjawab gile2 dgn pakcik dreba bot... mmg org pulau suka menjawab eh??? 😂😂😂😂



Wednesday, 2 November 2016

EHEMMM...

Disebabkan hari ini aku rajin & mood nak update blog tu tiba2 muncul,,, so jom kita cerita,,, cerita yg tertangguh... kan aku ckp nk update psal perkampungan orang asli, eyes to heart n indon... & tonight, indon dlu ea... 

Sebab sem III dah bermula & dh lps midsem pon, sekarang makin busy dgn esaimen, quiz & test... bnyk jugak yg program yg aku join x terupdate,,, x semua perlu update ye dokk??? Kamu pon mesti bosan baca cerita aku... tapi ikot suka hati I la... hahahh... - pengalaman broga, family day fm, kem eksplorasi mahasiswa ipt di pd - 

First, nak kongsi video, 







Alaaaa,,, x cantik eh,,, nk upload yg lagi 1, xleh la pulak .. xleh bukak.... hurmmm,,, 

Second, nak kongsi gambar,,, sikit2 dah... 






Dan kemudian nak kongsi apa yang aku dapat,,,, sebab kalo nak cerita balik panjang haaa ceritanya,,, perjalanan naik flight ke Jakarta then naik train pegi Bandung pulak... thennnn.... ni ha itinerary nya (naseb jumpa kt notes)

19/5
- ke Indonesia dari klia2
- sampai d Jakarta 
- naik Kereta ke stesen Kereta API
- ke Bandung naik Kereta api - duration (3hours)
- check in fabu hotel
- jalan2 sekitar jalan ke psar baru

- 20/5/16
- kilang kopi luwak cikole - 100k
- strawberry farm - 30k
- floating market lembang
- makan
- factory outlet 

21/5
- shopping d psar baru
- 2 trip 
- mintak kurang gila2

22/5
- pulang ke Jakarta naik van
- singgah d monas tower - beli Baju, bergambar, es kelapa

Pengalaman & pengajaran : 
1. Di Malaysia prasarana lg baik, elok, ok.
2. Rakyat di sini miskin, kesian ngelihat, bersungguh2 berniaga cari rejeki.
3. Trafiknya sibuk amat, motor bnyk, kereta besar2,,, xde yg saiz mcm Kancil, axia.
4. Penduduknya ramai
5. Di Jakarta maju sdikit
6. Di Bandung Kotor, ramai org
7. Fabu hotel best , luas, nyaman la jgk, tp toiletnya enggak ok sngt .. hahah
8. Kita harus & wajib bersyukur ats nikmat yg Allah berikan. Betapa bnyk nikmat yg Allah dh berikan, ttp Kita masih lg merungut, sdgkan diluar sana masih bnyk yg perlukan bantuan.
9. Islam di sana agak longgar
10. Best shopping. Haha
11. Disana, orgnya paksa jgk beli brg,,, Kita lari pon dye Kejar.
12. Kami tawar hrga gila2, pastu klau kite xnk, dye akn kasi hrga yg kita nak... hahahaha
13. It's a good experience for me
14. Jgn bwk air & brg 150ml ke kabin, akan dirampas. Air masak rm2 1 gelas 😠😠😠😠
15. Suasana : ad tmpt yg menarik, nyaman, sejuk , kayak cameron gitu.
Dan ad juga tmpt yg biasa2 aja, ok enggak ok... 
16. When you're traveling, u know how you love your country, you know how to appreciate your country, how blessed you be in your country,,, bcoz out there are not beautiful as we expected.
17. U x sempat nak melawat sngt tmpat2 yg cantik,bersejarah gitu... sbb take time.
18. Tapi at least u ad la pengalaman sikit2.
19. But, I'll continue my dream to travel around the world 

😘😘😘😍😍😍
Hihiksss,,, satu experience baru,
Let's
 CREATE MORE MEMORIES TOGETHER 😃😃😃... 

AND NOW, AKU MUNCUL LAGI ...

Bismillah,,,
sekarang aku agak sedih,,, sedih kerana aku belum mampu, belum mampu & belum mampu,,, untuk mencegah kemungkaran,... Allahuuu... :'( :'( :'(

Maksudnya : Daripada Abu Said Al-Khudri, berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata : Sesiapa yang daripada kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati, dan demikian adalah selemah-lemah iman.


Dan bila difikirkan,kita berada di tahap mana??
masih dengan mengubah dengan hati, benci utk melihat kemungkaran,,,
Dan sampai bila kita nak berada pada tahap tu sedangkan umat kita makin tenat??? -renung-renungkan-



Harini aku nak sentuh pasai topik GHIBAH @ MENGUMPAT

"sesiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aibmu."

Dalam dunia sekarang, memang tak leh nak sangkal, kita memang terdedah dengan mengumpat,,, sebab keadaan sekeliling kita yang membentuk kita sebegitu,,, yessss,,, although i know ada mengumpat yg dibolehkan , dimana kita dapat ambil pengajaran drp kisah tersebut,,,
but now, yg i want to state here is about ghibah yang tak berfaedah , yang mendatangkan dosaa free...

Perempuan, (termasuk aku)
Mesti ada je topikk kannn,,, Astaghfirullahal 'azim...
and i also know, ade je lelaki kat luar sana yg memang jemah suka cakap pasal orang jugak,

And now, i really2 hope that we can change ourselves,,, from talk yang aku join semalam...
JOM KITA CUBA UNTUK BERHIJRAH, 

MACAM MANA ?

1. Sentiasa muhasabah diri kita, cuba untuk kenal diri kita, kelebihan & kekurangan diri kita.

"Barangsiapa mengenal dirinya,pasti ia akan sibuk memperbaiki diri, daripada sibuk mencari-cari aib & kesalahan orang lain" ( Ibnul Jauzi)

2. Niat dengan bersungguh-sungguh 

3. Stay away from negative people, mencari persekitaran yang baik dan sebaik-baiknya kita cuba menasihati mereka (aku belum mampu :( , dan sampai bila kau akan mampu ?! :( {marah kat diri sendiri}) . 



4. Jangan pandang rendah terhadap orang lain
 - jangan pernah terdetik di hati kita merasakan diri kita ni bagus dari orang lain, kerana itulah yang membawa & membuatkan diri kita riak, bangga diri.


Di sini ada sebuah kisah dimana terdapat seorang tua yang rajin beribadat tetapi dia dimasukkan ke dalam neraka mulutnya sentiasa mengumpat orang lain 



Disini aku sentuhkan juga ayat Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 12


Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengejek sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu berasa jijik. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang.


HADIS ELAKKAN MENGUMPAT 

Dari Ibnu 'Abbas, dia berkata, Rasulullah bersabda, " Sesiapa yang mendengar dengar perbualan suatu kaum, sedangkan mereka benci (perbualan mereka dengar), maka akan dikucurkan (disiram)
lelehan besi pada telinganya. Sesiapa yang mengaku bermimpi, padahal dia tidak bermimpi, maka dia akan terus diazab. Dan barangsiapa yang menggambar suatu gambar, maka dia akan dibebani untuk meniupkan ruh kepada gambar tersebut, namun dia tidak akan berbuat demikian. "(Hadis Riwayat Abu Daud dalam Kitab Al-Adab no. 5.024, Tirmizi dalam Kitab Al-Libas no. 1.751, dan Ahmad no. 2214)


p/s : kerana kita semua tidak akan pernah sempurna dan aku masih dalam proses perbaiki diri :'( 

dan sungguh, agak susah untuk kita berubah kerana perkara yang baik selalunya ada 
halangan , 
semoga kita sama-sama kuat untuk melawan nafsu, dan segala godaan.