Saturday, 18 June 2016

Salam 14 Ramadhan 1437 H

sedikit nukilan,

Hidup aku bukan utk mnyusahkan org lain,
Hidup aku bkn utk mengarah org lain,
Hidup aku bkn utk mengatur kehidupan org lain.
Aku hidup utk membantu org lain
Aku hidup utk menyenangkan org lain
Aku hidup utk memberi manfaat kpd org lain.

Aku x kisah jika kau memandang rendah terhadap aku,
Aku x kisah jika kau menghina aku,
Aku x kisah jika kau mencaci aku,
Aku x kisah jika kau mengata aku.

Yg aku kisah tika mana aku memandang rendah terhadap org lain,
Yg aku kisah tika mana aku berprasangka kpd org lain,
Yg aku kisah tika mana aku mengata org lain.
Siapalah aku?
Aku hanyalah insan biasa.

Aku,
Aku seorang hamba Allah,
Aku seorang sang pendosa,
Aku seorang makhluk yg dicipta utk beribadah kpd sang Khaliq.

Apa yg kau nak dlm dunia ni?
Bukankah keredhaan Allah?
Bukankah syafaat Rasulullah?
Bukankah syurga Allah?

Subhanallah.

Semoga kita sama2 mendaki mencari keredhaanNya. In shaa Allah.
Kerana kita bukan yg sempurna, seorang makhluk ilahi.

nazirahzulkefli.


Friday, 10 June 2016

AKU & NENDA 

6 RAMADHAN 1437H 02:08 AM

Nendaku nama Zainab dan aku pggil 'mok' , oghe kelate nih...
Banyak kisah suka, duka, perit, sedih & tawa. dan aku xtau knp aku nk tulis kt blog ni, yesss... want to share...

setelah atuk aku yg aku pggil 'ayoh' meninggal, time tu aku form 4, x silap aku dlm bln 4, aku mula teman mok tido kt rumah dye, nenek aku  x nak dduk rumah ank2 yg lain, dye nk dduk rumah dye jgk, n aku dpt faham itu, mesti kite nk dduk dan dah selesa dgn rumah yg berpuluh2 tahun kite diami.
pagi aku sekolah smpai petang, smpai sekolah kalo x pkol 4 ptg, pkol 6.30 atau pkol 7...
aku balik rumah, mandi2, makan nasik, maghrib kayuh basikal p umah mok, klau x aku pegi lps isyak, tu dh kira lewat laa... then, setiap pg, sebelom subuh atau selepas subuh, dlm pkol 6@6.30, kayuh basikal dlm gelap ikot jln yg semak, pulang ke rumah, then p sekolah. tu dah jd rutin aku. ade jugak aku tukar shift dgn sepupu aku utk tidur umah mok.

aku, bile balik dri sekolah , konfem lapar, makan masakan ibu. pastu, bile aku pegi umah mok pulak, mok ajk aku mkn, dan aku pon makan. mane x gemok aku, masakan ibu, masakan nenek, habis aku belasah. mok pernah ckp lbih kurang mcm ni la ayatnye ' sedapla tgk irah makey' sbb aku jenis mkn mcm semua bnda sedap,berselera.

aku & nenda, setiap malam aku tgk tv same2, mok suka tgk bola especially kelate... aku, nk tgk cite... hmmmm... dan setiap malam, kalau x tidur dlm kelambu, aku tidur atas tikar kt dpn tv dgn nyamuk yg bnyk sngt smpai x tahan membuatkan aku bangun jgk tidur dlm kelambu dgn mok. nk stay up pon x jarang. padahal smu, spm lg.

aku, kadang2 x sabar nk tggu jumaat sabtu, sbb nak tidur kt rumah... mesti rindu jgk rumah... jumaat sabtu pak sedara aku balik umah mok, cuti...

nenda, setiap pagi, mok akan kasi duit utk aku, katenye upah teman dye tido,,, selalu jugak mok bangun awal pagi, goreng nasi utk aku, bawa bekal pegi sekolah. pastu, hehe,aku siap share lg dgn kwn2 ... tu lah rutin aku smpai aku masuk form6 smpai bln 5.

aku, time bln puasa, aku akan g umah mok slps terawikh,time tu tgh nk trial x silap,, bwk la bku bnyk2 dlm raga basikal. p malam2 dlm pkol 10. pastu bersahur sekali dgn mok.

aku, dapat tawaran usim, semua org pikir mcm mne nnti kalo aku dh smbg study, sape yg nk teman mok?.
kemudian, semakin hari, mok dh ok tidur rumah mak sedara aku n kdg2 rumah aku.mok ad jgk mcm sedih sbb time aku tamhidi, bulan puasa, mak sahur sorang2. mula la teringat kat aku. hahah, perasan lebih.

dan dikala ini, mok tgh x berapa sihat, demam. xlarat nk bngun. time aku blik study week hritu, aku perhati umi angkat mok pegi toilet, tido sebelah mok time siang. dan aku sempat teman mok tidur.
aku sedih sebenarnya.

betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita dlm membesarkan kita dan aku harap kami adik beradik dapat membalas jasa mereka walaupun sedikit. aku xtau mcm mne nk gmbrkan. perasaan itu akan muncul setelah kamu mengalaminya dan menghadapinya. sekian . 02:42 AM

p/s ; do the best in final exam . chaiyookkk!


Thursday, 2 June 2016

Salam Jumaat 😃.

Dah lama naz x update blog. Pelbagai program, kisah dan pengalaman yg naz lalui utk sem II ni, nk catat satu2, tp bkn skrg kot.. today, 3/6/16 , bermulalah study week sampai 12/6/16 dan sekarang hari mnunggu pulang ke kampung, mau berpuasa di rumah ... hehe...

Short nukilan & ingatan :

Betapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita, terkadang kita masih belum lagi bersyukur.
Sedikit ujian yang Allah kurniakan bukan untuk melemahkan, bahkan untuk menguatkan.
Bertahanlah, bersabarlah & tabahkan hati. Setiap kesusahan yang kita hadapi, akan ada sinaran di sebalik semua itu.
Layakkah kita untuk mempersoalkan segalanya sedangkan kita banyak melakukan dosa?
Layakkah kita untuk mengeluh & merungut sedangkan tidak terhitung nikmat & kurniaan Dia terhadap kita?
Bersyukurlah atas segalanya.
Salam jumaat 😊. Jangan lupa Al Kahfi.

nazirahzulkefli.blogspot.com